Friday, October 30, 2009

RUMUSAN

KAWASAN FELDA GUNUNG BESOUT MEMPUNYAI BANYAK KEISTIMEWAAN.KAMPUNG INI JUGA MEMPUNYAI BENTUK MUKA BUMI YANG MENGALAKKAN KEPADA KEGIATAN PERTANIAN.KAWASAN TANAH PAMAHNYA SESUAI UNTUK MEMBINA JALAN RAYA.PEMBINAAN JALAN RAYA YANG DIBINA HARUS MERATAKAN LERENG BUKIT DAN PENEROKAAN HUTAN.

PENDUDUKNYA TELAH MENGUBAHSUAI PELBAGAI BENTUK MUKA BUMI UNTUK KESEJAHTERAAN HIDUP MEREKA.KITA MESTILAH MENJAGA ALAM SEKITAR SUPAYA MENDAPAT UDARA YANG SEGAR.KITA HARUSLAH MENANAM PELBAGAI JENIS TANAMAN DI KAWASAN FELDA GUNUNG BESOUT.

Thursday, October 29, 2009

SENARAI KANDUNGAN

A)PENGHARGAAN
B)PENDAHULUAN
C)OBJEKTIF KAJIAN
D)KAWASAN KAJIAN
E)KAEDAH KAJIAN
F)HASIL KAJIAN
G)RUMUSAN

Wednesday, October 28, 2009

KAWASAN KAJIAN

KAMI TELAH MEMILIH KAMPUNG FELDA GUNUNG BESOUT SEBAGAI KAWASAN KAJIAN KAMI.KAMPUNG FELDA GUNUNG BESOUT TERLETAK DI NEGARA MALAYSIA,IA TERLETAK DI NEGERI PERAK,IA BERADA DI DAERAH BATANG PADANG DAN BERHAMPIRAN DENGAN PERKAMPUNGAN SUNGKAI.DARI BESOUT HINGGA KE SUNGKAI KIRA-KIRA 25KILOMETER(KM)SAHAJA.UNTUK PERGI KE BESOUT KITA HENDAKLAH MENGGUNAKAN KENDERAAN SEPERTI KERETA,BAS,LORI,MOTOSIKAL DAN BASIKAL.PENDUDUK DI FELDA GUNUNG BESOUT KIRA-KIRA 10RIBU ORANG.KEGIATAN UTAMA PENDUDUK KAMPUNG IALAH PERTANIAN IAITU MENANAM KELAPA SAWIT.

Tuesday, October 6, 2009

HASIL KAJIAN

PEMBINAAN JALAN RAYA.....
BUKIT-BUKAU TERPAKSA DI TERAS UNTUK MEMBINA JALAN RAYA DAN SEMUA HUTAN DI KAWASAN ITU DITEBANG INI AKAN MENYEBABKAN HAKISAN AIR.LARIAN AIR KE PERMUKAAN AKAN MENYEBABKAN PERCEMARAN AIR DAN BERLAKUNYA BANJIR.PEMBINAAN LEBUHRAYA DAN JALAN RAYA AKAN MENYEBABKAN KEJADIAN TANAH RUNTUH,KEPUPUSAN FLORA DAN FAUNASERTA PERUBAHAN LANDSKAP BUMI.ANTARA LANGKAH YANG PERLU DI AMBIL IALAH BUAT LONGKANG,BUAT PAYA DAN MEMBUAT TEMBOK.

KILANG.....
PERINDUSTRIAN JUGA AMAT PENTING PADA PENDUDUK BESOUT.JENIS PERINDUSTRIAN YANG ADA DI BESOUT IALAH KILANG SAWIT.KILANG ITU BERFUNGSI SEBAGAI KILANG MEMPROSES SAWIT MENJADI MINYAK.ANTARA KESAN PENCEMARAN IALAH UDARA,AIR DAN BUNYI.
LANGKAH YANG PERLU DIAMBIL IALAH MENANAM POKOK DISEKELILING KILANG,JARAK ANTARA POKOK IALAIH 2METER.IA JUGA HARUS JAUH DARI RUMAH PENDUDUK KAMPUNG SUPAYA TIDAK BISING DAN AIR KUMBAHAN PERLU DIRAWAT SEBELUM DILEPASKAN SEMULA.

TAMAN.....
TAMAN DI BESOUT TELAH MENJADI TEMPAT HIBURAN KANAK-KANAK DI BESOUT.KESAN PEMBINAAN TAMAN ADALAH PAYA TERPAKSA DI TAMBUS,MENGGANGU HABITAT HAIWAN YANG HIDUP DI KAWASAN ITU.TAMAN ITU JUGA TELAH MENJADI TEMPAT PEMBUANGAN SAMPAH-SARAP DAN TELAH MENJADI TEMPAT REMAJA MEMBUAT PERKARA-PERKARA YANG TIDAK BERFAEDAH.LANGKAH-LANGKAH YANG PERLU DI AMBIL IALAH TAMBAK PAYA DENGAN TUMBUHAN-TUMBUHAN.MEMBUAT LUBANG ATAU LONGKANG UNTUK MENGELAKKAN BERLAKUNYA BANJIR.